Sumber: Malaysia Kini
Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia UPM akan bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan petang ini untuk berbincang berhubung pembatalan calon mereka dalam pilihan raya kampus 21 Februari lalu.
Pertemuan tersebut, yang dijadual pada jam 3.30 petang ini, akan turut membincangkan mengenai cadangan penambahbaikan proses pilihan raya kampus itu pada masa akan datang.
Delegasi pro-M UPM itu, akan diketuai oleh bekas pengerusinya, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah bersama empat lagi aktivis pro-M di Kolej Kediaman ke-13.
Pertemuan yang sepatutnya dijadual semalam, bagaimanapun ditangguh ke hari ini, atas permintaan kumpulan tersebut kerana suasana di kampus "masih panas".
Kelmarin lebih 100 penyokong pro-M berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus berkenaan.
Bagaimanapun, pada sebelah tengaharinya pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan itu selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".
Susulan itu, mereka mendesak Dr Mohd Fauzi memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan dan bertindak merempuh pintu kaca bangunan itu sehingga pecah, ekoran keengganan beliau berbuat demikian.
Hmmm Kita Tengok Jelah Hasilnya!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan