Jumaat, Februari 25

Semakan kehakiman: MP lepasi halangan pertama

Sumber: Malaysia Kini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada permohonan ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar mendapatkan semakan kehakiman.

Permohonan tersebut dibuat terhadap kerajaan persekutuan kerana menahan peruntukan tahunan RM1 juta kepada kawasan pilihan raya berkenaan yang diwakili pembangkang.

NONEAhli parlimen PSM itu berkata, beliau agak "terkejut" dengan
keputusan tersebut kerana beliaui sendiri tidak menjangkakan mahkamah akan memberi kebenaran tersebut.

Jeyakumar menegaskan bahawa peruntukan tersebut - yang diterima ahli parlimen BN tetapi tidak kepada wakil rakyat pembangkang - adalah satu hak perlembagaan bagi semua wakil rakyat.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat, termasuk PKR Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, juga menjadi pemerhati, kerana kes tersebut turut mempunyai implikasi di kawasan yang mereka wakili.

Nurul Izzah Anwar turut hadir hari ini untuk memberikan sokongan kepada Jeyakumar.

Kesimpulan:

Itulah Malaysia.... Kerajaan yang memerintah sanggup menzalimi rakyat yang tidak menyokongnya!!!!

MEMANG KEJAM!!!!

Tiada ulasan: